KEPESATAN teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia digital yang semakin pantas dan sentiasa berubah pada masa kini menyebabkan sesuatu kes jenayah yang berlaku semakin kompleks
untuk diselesaikan.
Cabaran semakin besar sekiranya keupayaan sesebuah agensi penyiasatan tidak dilengkapi dengan peralatan atau perisian canggih serta pegawai yang berkepakaran untuk merungkai jawapan membabitkan kes-kes yang disiasat sama ada kes berprofil tinggi mahupun kes yang memerlukan pembacaan data-data digital.
Justeru, dalam usaha untuk memperkukuhkan sesuatu siasatan yang dijalankan, teknologi digital cukup meluas digunakan masa kini kerana ia bukan sahaja mampu membantu memendekkan tempoh siasatan tetapi fokus siasatan juga dapat diperhalusi.
Oleh yang demikian, kepentingan penyiasatan digital forensik amat relevan terutamanya dalam menyelesaikan kes jenayah, melindungi individu dan organisasi sekali gus menegakkan keadilan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak ketinggalan memiliki kepakaran dalam kaedah penyiasatan digital melalui penubuhan Unit Forensik Komputer di bawah Bahagian Siasatan pada
2003. Unit ini kemudian dikembangkan menjadi Cawangan Forensik dan Teknologi pada 2006 dan berupaya menganalisa komputer serta telefon bimbit.
Selari dengan transformasi Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada SPRM pada 2009, cawangan ini telah dijenamakan kepada Bahagian Forensik Teknologi (BFT) sehingga kini.
Bahagian ini memiliki lima cawangan iaitu Cawangan Forensik Komputer; Cawangan Forensik Telefon Bimbit; Cawangan Forensik Audio/Video; Cawangan Forensik Dokumen, serta Cawangan Rekod dan Pentadbiran.
Bahagian ini merupakan tulang belakang yang menyumbang kepada kejayaan membongkar penyelewengan dan amalan rasuah. Antara operasi berskala besar yang mengguna pakai perkhidmatan BFT adalah Op Pasir (2010), Op Sealord (2015), Op Water (2016), Op Mysikap (2019), dan Op Hack (2021). Dalam operasi kes-kes ini, BFT turut turun ke lokasi bagi mengenal pasti bahan bukti digital.
BFT seterusnya membuat pemeriksaan, menganalisa dan mengeluarkan laporan pemeriksaan forensik digital bagi ekshibit seperti peranti elektronik, komputer dan telefon pintar yang telah disita semasa operasi. Antara kekuatan BFT juga adalah dapat menganalisa dengan terperinci terhadap pengubahsuaian dokumen, tandatangan dan tulisan tangan. Data-data yang didapati daripada ekshibit tersebut dapat mengukuhkan pembuktian di mahkamah.
Dalam usaha untuk meningkatkan reputasi BFT, SPRM kini sedang dalam proses mendapatkan pensijilan ISO (International Organization For Standardzation) daripada pihak Jabatan Standard Malaysia (JSM) bagi makmal forensik digitalnya termasuklah kualiti tatacara kerja forensik yang dijalankan. Jika pensijilan ISO ini berjaya diperolehi, ini akan menjadikan makmal forensik digital pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan daripada JSM bagi keseluruhan empat makmal iaitu Makmal Forensik Komputer, Makmal Forensik Telefon bimbit, Makmal Forensik Audio/Video dan Makmal Forensik Dokumen.
Selain itu, dengan adanya pensijilan ISO ini juga, siasatan dan bukti yang dikemukakan oleh SPRM akan lebih diiktiraf dan diperakui di mahkamah. Sehingga kini, hampir 99 peratus kes yang dikendalikan oleh Bahagian Forensik Teknologi ini telah diterima oleh mahkamah sebagai bahan bukti.
Bagaimanapun, ia bukannya satu tugas yang mudah kerana ia perlu melalui beberapa proses yang ketat selain mematuhi piawaian antarabangsa yang tinggi.
Pada masa yang sama, SPRM turut memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pengetahuan dan mempertajamkan kepakaran pegawainya dalam menyiasat kes jenayah siber dan digital. Untuk itu, mereka dihantar menerima latihan secara berterusan di dalam dan luar negara.
Pegawai-pegawai di BFT dilengkapi dengan pelbagai bentuk ilmu kemahiran dan kepakaran yang boleh dianggap ‘dua langkah ke hadapan’, malah kehebatan BFT ini menyebabkan pihak SPRM sering dihubungi oleh agensi penguatkuasaan lain untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama bagi menyelesaikan sesuatu kes digital yang kompleks.
Justeru, satu Kumpulan Kerja Forensik Digital (KKFD) telah dibentuk oleh agensi-agensi yang mempunyai makmal forensik digital seperti CyberSecurity Malaysia (CSM), SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Peguam
Negara (AGC) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
KKFD ini menggabungkan pegawai makmal forensik digital dari pelbagai agensi penguatkuasa untuk berkongsi maklumat dalam bidang jenayah siber dan keterangan digital. Bagi Sesi 2023-2024, SPRM telah dilantik sebagai peneraju KKFD yang mana Timbalan Pengarah BFT, Wan Zulkifili Wan Jusoh telah dipilih sebagai Pengerusi KKFD pada sesi kali ini.
Bagi memantap dan memperkukuhkan kerjasama antara agensi, KKFD kini sedang dalam proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai sebuah pertubuhan. Ia akan berfungsi sebagai platform untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran, amalan terbaik dan pandangan pihak ketiga dalam menjalankan siasatan digital.
Yang pasti, menerusi usaha-usaha pemerkasaan yang dijalankan, SPRM berkeyakinan bahawa BFT mampu menjadi tenaga pakar dan pusat rujukan dalam menjalankan siasatan forensik teknologi serta berupaya merintis inisiatif terkini khususnya pemodenan siasatan berasaskan teknologi digital.
Datuk Husin Mohamad Nasir
Pengarah Bahagian Forensik Teknologi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Kolumnis AWANI
Thu Dec 14 2023
SPRM berkeyakinan BFT mampu menjadi tenaga pakar dan pusat rujukan dalam menjalankan siasatan forensik teknologi serta berupaya merintis inisiatif terkini khususnya pemodenan siasatan berasaskan teknologi digital.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Dua pegawai penguat kuasa direman empat hari
Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.